Aiskrim Snek Jagung Korea @ Jipangi, AEON Klebang Ipoh

English Version at Sinfully Delicious.net

Pada peminat K-POP dengan benda-benda Korea, mesti pernah dengar tentang aiskrim ni. Jipangi Ipoh telah dibuka kalau tak silap akhir Disember lalu di AEON Klebang Ipoh. Sebelum ni memang tak pernah dengar tentang Jipangi ni, tapi masa minggu pembukaan hari tu, heboh orang dok sebut-sebut tentang aiskrim ni.

Semangat ingin tahu dalam diri ini mula membara.

Jipangi Ipoh AEON Klebang

Setelah penat mencari, akhirnya saya menjumpai Jipangi ni.

Sebenarnya, saya ingat booth dia ada kat tingkat bawah, dekat bahagian supermarket sebab kat situ kan banyak booth makanan. Rupa-rupanya Jipangi ni berada di tingkat 2 (paling atas), berdekatan dengan Kidzoona dan food court, betul-betul depan Orchid Bistro.

So, apa lagi, walaupun niat nak membeli tu ditentang oleh beberapa orang (membazir kata deme), tapi atas niat nak meng-rebiu aiskrim ni, beli jugak le.

Jipangi Ipoh AEON Klebang

Setelah ditanya pak Google, baru tau maksud Jipangi (지팡이) ialah ‘tongkat‘. Jadi sebab itulah bentuk snek jagung dia pelik macam bentuk tongkat.

Dia ada dua saiz – Junior dan Original.

Yang junior tu nampak kecil, macam tak puas je rasa. Jadi saya pilih yang original.

Jipangi Ipoh AEON Klebang

Tengok harga, sentap jugak lah. Bukan murah dik non oi! Kelas gitu. Kalau satu perisa aiskrim, yang junior tu RM6, yang original tu RM7. Mak aih.

Nampak boleh campur dua perisa aiskrim. Harganya lebih kurang je jadi saya pun pilih mix dua perisa – Chocolate dan Green Tea. Yang green tea ni masa tu ‘limited edition‘ katanya. Sebab saya pun memang ketagih apa-apa berkaitan teh hijau, jadi sudah tentu saya memilih perisa green tea.

Jumlah harga = RM9

Tak ada GST atau dah masuk sekali.

Jipangi Ipoh AEON Klebang

So, macam ni lah rupa aiskrim snek jagung Korea Jipangi. Ok, tipu ah kalau korang tak terfikir apa yang saya fikir. Hahaha. Nampak tak? Nampak tak? Ha… nampak sangat minda dah rosak.

Tapi memang nampak pelik bentuk snek jagung dia. Ia sepatutnya berbentuk macam tongkat gitu. Tapi… serious mata ni nampak lain, otak dah fikir lain. Bila tengok bebudak makan benda alah ni, sorang-sorang gelak macam sakit jiwa. Pelik bebenor yop ghope deme. Tak apa lah, janji diorang happy.

Aiskrim soft-serve dia biasa aje, tak ada apa yang special pun rasanya. Tak banyak pun aiskrim dalam snek tu, jadi selepas beberapa minit aiskrim tu cair, langsung tak rasa apa-apa. Entah lah, kot lidah ni ke yang tak terasa? Tapi rasa jagung tu ada lah, macam makan snek jagung yang beli kat supermarket. Cuma bila aiskrim dah cair, meresap dalam snek jagung, terus jadi lembik dan kembang. Hmm… so kalau beli aiskrim snek Jipangi ni, dinasihatkan supaya tidak membuang masa mengambil gambar atau ber-selfie lama-lama sehinggakan aiskrim cair. Buat rugi je RM9 tu. Nikmat hilang.

Jadi pada yang teringin nak try, boleh lah ke AEON Klebang.

Status Halal: Halal

Lokasi: AEON Klebang Ipoh, Jalan Kuala Kangsar, 31200 Ipoh, Perak
Telefon: 016-328 1128
Laman Web: jipangi.my
Facebook: fb.com/jipangi.aik | fb.com/jipangi.my

Jom JOIN group Ipoh Foodie! - IPOH FOODIES
Jangan lupa LIKE page Ipoh Foodie! - Ipoh Foodie - Jalan2 Cari Makan Ipoh
Moh FOLLOW Instagram Ipoh Foodie! - /IpohFoodie

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *