Mangga Susu Ice Blended @ Abang Mangga Bercham Ipoh

Pernah sekali tertengok posting Abang Mangga ni kat dalam satu group dalam Facebook. Sebagai seorang peminat tegar buah mangga ni, apa-apa yang berkaitan mangga ni memang akan menarik perhatian dan keinginan di hati.

Lokasi Abang Mangga ni kat pintu masuk Tesco Extra Bercham, depan Maybank.

Pertama kali pergi, masa tu dalam pukul 5 petang gitu, tapi dah sold out walaupun kata diorang tutup pukul 6 petang. Laku bebenor kome ye. Takpe ler, takde rezeki masa tu. Tak lama kemudian, masa pergi beli barang kat Tesco Extra, tekak pun dah kering, tetiba teringat pulak kat Abang Mangga ni. Terasa macam Abang Mangga ni memanggil je haha.

Masa tu dalam pukul 4 petang. Mujur belum sold out lagi. Cantikkkk. Takde ler balik kempunan.

Abang Mangga @ Tesco Extra Bercham Ipoh

Harga dan pilihan ada 2 – nak gelas biasa atau besar.

Yang besar harganya RM5.00
Yang biasa harganya RM3.50

Tapi tengok yang saiz biasa tu kecik sangat. Dua tiga teguk je habis. Kalau hari panas terik memang tak puas. Dahaga pun tak hilang. Tak rasa nikmatnya. Rasanya kalau budak-budak saiz tu sesuai kot.

Tapi kalau yang saiz besar tu serious memang puas hati. Kalau panas terik, tekak kering, pergggh. Nikmatnya tak terkata.

Abang Mangga @ Tesco Extra Bercham Ipoh

Abang Mangga @ Tesco Extra Bercham Ipoh

Diorang bukan sahaja blend air mangga tu, tapi siap letak isi buah mangga yang dipotong kecik-kecik. Jadi bila minum ada terasa buah mangga tu.

Yang best tu diorang tak kedekut isi mangga tu. So kira Rm5 tu memang berbaloi dan sangat puas hati.

Abang Mangga @ Tesco Extra Bercham Ipoh

Air dia memang pekat, manis dan ditambah pulak isi buah mangga dipotong kecik-kecik yang terapung-apung di atas tapi tak lama kemudian tenggelam ke bawah macam kapal Titanic – pergh!

Sedap siot.

Dah lah masa tu hari panas terik. Sejuk je tekak. Hati pun sejuk jugak. Selepas tu setiap hari terbayang-bayang air Abang Mangga ni haha. Patut ler first time pergi diorang sold out cepat. Sayang je diorang ni jauh sikit dari rumah. Kalau dekat rumah confirm setiap hari ke situ haha… (errr tengok kesihatan wallet dulu lah, wallet gemuk atau kurus hehe. Setiap hari minum bankrap teman.)

Abang Mangga bukak dari pukul 12 tengah hari sampai pukul 6 petang gitu tapi selalu habis cepat so pergi awal kalau tak nak balik kempunan. Diorang jugak ada cawangan baru di Mydin Meru.

 

ABANG MANGGA

Lokasi: Luar pintu masuk Tesco Extra Bercham (depan Maybank Bercham)
Waktu Operasi: 12pm – 6pm (Bercham tutup setiap Jumaat)
Media Sosial: Instagram | Facebook

Jom JOIN group Ipoh Foodie! - IPOH FOODIES
Jangan lupa LIKE page Ipoh Foodie! - Ipoh Foodie - Jalan2 Cari Makan Ipoh
Moh FOLLOW Instagram Ipoh Foodie! - /IpohFoodie

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *