Kempen Moodmojee – Minuman Untuk Mood Anda Oleh Anchor Food Professionals

Selepas kejayaan kempen-kempen sebelum ini seperti Say Cheese, PizzArt dan Anchor Travel Cakes, Anchor Food Professionals kembali dengan 6 minuman produk tenusu terbaru mereka untuk menaikkan mood korang dalam kempen terbaru yang diberi nama ‘Moodmojee‘.

Untuk versi English, boleh jenguk di Sinfully Delicious Malaysia

IpohFoodie Moodmojee Anchor Food Professionals 6

Minuman-minuman dalam kempen ini dicipta khas oleh chef-chef Anchor Food Professionals menggunakan produk Anchor. Produk Anchor ni mesti tidak asing lagi bagi korang yang rajin ke dapur, suka masak atau buat kek.

Untuk kempen Moodmojee ni, Anchor Food Professionals bekerjasama dengan 15 outlet yang menyediakan minuman Moodmojee ni di seluruh negara bermula dari November 2018 sehingga Januari 2019.

Untuk Perak, ada 2 outlet yang menyediakan 4 dari 6 minuman yang ada. Satu di Family Confectionery di Kampar dan satu lagi di TBH The Baker’s Hut di Seri Manjung. 

Kalau korang nak tengok gambar-gambar kek dan makanan-makanan lazat yang dijamu kepada kitorang di 2 outlet yang disebut, boleh tengok di Sinfully Delicious Malaysia atau di facebook Ipoh Foodie.

IpohFoodie Moodmojee Anchor Food Professionals 1

White Chocoffee

Rasa kekacang dan coklat. Minuman ni yang paling popular. White coffee digabungkan dengan coklat yang sedap dan mentega kacang. Siapa yang suka rasa coklat, I rekemen yang ni.

Produk Anchor Yang Digunakan:
Anchor Full Cream Milk
Anchor Cream Cheese
Anchor Whipping Cream

Dicipta Oleh: Chef Ichiro

Outlet: Gafe Kafe, Delight Factory, Chubs Grill, Lucky Bean, Love Tea F&B, Cofeology Cafe & Restaurant, Family Confectionery, The Baker’s Hut

IpohFoodie Moodmojee Anchor Food Professionals 2

Lemon Mint Meringue

Minuman ice blended yang kaya dengan rasa lemon mint vanilla. Diletak pulak krim putar segar yang di ‘bakar’. Pergh. Ditambah pula dengan biskut dan gula-gula lemon dan oren. Yang ni memang paling feveret sebab I memang suka makan pai lemon meringue. Serius sedap giler.

Produk Anchor Yang Digunakan:
Anchor Whipping Cream

Dicipta Oleh: Chef Firuz

Outlet: Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Cafe & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Perdana), La Taste (Butterworth), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery

IpohFoodie Moodmojee Anchor Food Professionals 3

Kaya-nika Fusion

Minuman yang agak lemak berkrim dengan kaya tradisional, gula melaka, pulut dan kacang merah. Agak manis sikit dan lebih ‘filling’ sebab ada pulut dan kacang merah sekali. Minuman ni rasa dia lebih kepada dessert/pencuci mulut. Dapat satu gelas confirm kenyang. Sedap!

Produk Anchor Yang Digunakan:
Anchor Whipping Cream

Dicipta Oleh: Chef Firuz

Outlet: Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Cae & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Sejati), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery, The Baker’s Hut

IpohFoodie Moodmojee Anchor Food Professionals 4

Pom & Grey Twist

Siapa suka teh keju? Yang ni agak unik. Teh Earl Grey dicampur dengan sirap buah delima dan lapisan atas ialah krim coklat ditabur dengan serbuk koko. Sangat menyegarkan! I suka yang ni.

Satu tip I nak bagi ialah korang kena kacau air ni sehingga sebati baru dapat rasa keenakannya. Kalau tak ianya akan rasa pelik sikit jika tak kacau dulu air tu,

Produk Anchor Yang Digunakan:
Anchor Cream Cheese
Anchor Full Cream Milk
Anchor Whipping Cream

Dicipta Oleh: Chef Ken

Outlet: Choon Guan Coffee Shop, Delight Factory, Chubs Grills, Chiu’s Cafe, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Cafe & Restaurant, La Taste, Family Confectionery, The Baker’s Hut

Ada dua lagi minuman yang I tak dapat rasa sebab tak ada kat outlet Perak. Kalau korang nak rasa, bolehlah cuba di outlet lain.

Yuzu Chocolate Surprise

Gabungan menarik di antara coklat yang manis dan kaya bersama yuzu yang masam-masam yang bakal membangkitkan deria rasa dan mood korang. Gelas pulak dibaluti dengan gula-gula lemon garam sejuk. Fuhhh.

Produk Anchor Yang Digunakan:
Anchor UHT Full Cream Milk
Anchor Whipping Cream

Dicipta Oleh: Chef Ichiro

Outlet: Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafe, Delight Factory, Chiu’s Cafe, Living Room, Cofeology Cafe & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, La Taste, HIVE by Love A Loaf

Tangy Brew

Minuman kopi sejuk yang kaya dengan rasa yang ummph gitew dengan rasa masam-masam, ditambah pula lapisan whipped cream dan bebuih cream cheese di atas. 

Produk Anchor Yang Digunakan:
Anchor Cream Cheese
Anchor Full Cream Milk
Anchor Whipping Cream

Dicipta Oleh: Chef Ken

Outlet: Choon Guan Coffee Shop,Gafe Kafe, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu’s Cafe, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Cafe & Restaurant, Family Confectionery


LOKASI KAFE & RESTORAN

Berikut ialah senarai lengkap berserta lokasi kafe & restoran yang mengambil bahagian dalam kempen Moodmojee ni.

Selangor

  • Choon Guan Coffee Shop
    Lorong Amarasegara, Kawasan 12, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
  • Gafe Kafe
    63, Jalan Semenyih Sentral 5, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor

Johor

  • Love Tea F&B
    No 1206, Jalan Kasturi, 36/45, Indahpura, 81000 Kulai, Johor
  • Living Room
    Plaza Mentari (Sun City) G-03, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor

Malacca

  • Cofeology Cafe & Restaurant
    Shop Lot No 23, Ixora Apartment, Bukit Beruang, 75450 Melaka

Kedah

  • La Taste
    No 14, Kompleks Perniagaan Gurun Jaya, Taman Gurun Jaya, 08300 Gurun, Kedah
  • La Taste
    No 219, Jalan Mawar 3/2, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah
  • Overstepped
    C97 & 98, Tingkat Satu, Jalan Indah 2, taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
  • Overstepped
    No 5, Tingkat Satu, Jalan Perdana Heights 1/1, Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Penang

  • Lavish Fusion Bakery
    214, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Penang
  • HIVE by Love A Loaf
    The Promenade, 5-G-36, Persiaran Mahsuri 1, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Penang
  • La Taste
    No 65, Ground Floor, Lorong Teras Jaya 2, Pusat Perniagaan Teras Jaya, 13400 Butterworth, Penang

Perak

  • Family Confectionery (Family Cake Kampar)
    2233, Ground Floor, Jalan Baru Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
  • The Baker’s Hut
    Jalan PPMP 3/3, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung , Perak

Sabah

  • Delight Factory
    G-52, Imago Shopping Mall, 884100 Kota Kinabalu, Sabah
  • Chubs Grill
    Plaza Shell, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
  • Chiu’s Cafe
    Block D, Ground Floor, Lot 8, Lorong Pusat Komersil 88/2, 88Marketplace, Kampung Kepayan, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
  • Lucky Bean
    16-0, Lintas Square Jalan Lintas, Taman Southern, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
IpohFoodie Moodmojee Anchor Food Professionals 5

Untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook Anchor Food Professionals atau website mereka.

Jom JOIN group Ipoh Foodie! - IPOH FOODIES
Jangan lupa LIKE page Ipoh Foodie! - Ipoh Foodie - Jalan2 Cari Makan Ipoh
Moh FOLLOW Instagram Ipoh Foodie! - /IpohFoodie

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *